Kursus EVC4411 adalah kursus elektif dengan kaedah pengajaran “Problem Based Learning”. Lawatan ke Empangan Semenyih, Hulu Langat Selangor yang telah diadakan pada 28 Disember 2023, melibatkan pergerakan seramai 22 orang pelajar bersama seorang pensyarah kursus iaitu Ts. Dr. Nor Azlina Alias. Ia diadakan untuk memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar Kejuruteraan Awam Tahun 4 mengenai pelaksanaan sistem pengurusan sungai/ air terkini.

Secara keseluruhan, lawatan akademik ini juga bertujuan bagi mendedahkan pelajar dengan sistem pengurusan empangan, mendapatkan perkongsian ilmu daripada pengamal/ Jurutera infra mengenai peralatan-peralatan terkini yang digunakan di Malaysia secara umumnya. Seterusnya pelajar dapat memahami dan menghayati pengurusan empangan dengan kaedah ‘experiential’.
Lawatan ini juga memberi pengalaman baru kepada pelajar agar mereka dapat memahami dengan lebih jelas akan apa yang telah dipelajari secara teori semasa di dalam kuliah.

Semoga program ini memberi banyak manfaat kepada semua pihak khususnya kepada para pelajar.