Kursus: Kejuruteraan Geomatik ECV3521

Pensyarah: Sr. Gs. Dr. Siti Nur Aliaa Roslan

Aktiviti: Kem Geomatik

Tarikh: 28-31 Disember 2023

KEM GEOMATIK SEKITAR FK UPM

Seramai 43 orang pelajar serta seorang pensyarah kursus iaitu Sr. Gs. Dr. Siti Nur Aliaa Roslan bersama 5 orang pegawai telah mengadakan Kem Geomatik selama 4 hari bermula pada 28-31 Disember 2023 yang lalu. Ia diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Kejuruteraan Awam Tahun 2 yang mengambil kursus ECV3521 Kejuruteraan Geomatik mengenai aplikasi ukur kejuruteraan di lapangan. Kem ini dijalankan bagi membuktikan kefahaman dan kebolehan pelajar daripada aspek teoritikal kepada pelaksanaan beberapa kaedah teknikal pengukuran untuk menghasilkan maklumat berbentuk pelan tapak bagi kerja-kerja perancangan kejuruteraan di lapangan.

Secara keseluruhan, kem ini juga bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada keadaan sebenar di lapangan dan tapak pembinaan. Selain itu, kem ini memupuk pelajar agar mempunyai sifat bertolak IIansur, berfikir secara kritis bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi, serta membentuk semangat kerjasama antara rakan sekumpulan.

Majlis Penutup yang mana aktiviti barbeku juga diadakan pada malam 31 Disember 2023 untuk menghargai usaha dan kerja kuat yang semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini. Pada 9 Januari 2024, pembentangan hasil kerja dari kem telah dijalankan di Dewan Kuliah oleh semua kumpulan.

Secara keseluruhan, kem ini berjaya dijalankan serta dapat memberi banyak manfaat dan impak positif kepada semua.

#berilmuberbaktiupm